Ilmu Penjanaan Kewangan

Monday, November 14, 2011

Assalam, hari pada 15 november 2011 harga nilai emas di Al- rahnu bank rakyat adalah RM205.89 iaitu lebih daripada harga pada 15 oktober lepas dengan perbezaan RM 10. Jika ada di antara sahabat yang ada buat Al- Rahnu pada bulan lepas dalam area RM 195 per gram di Al-rahnu dah boleh dapat pulangan dah. Bawa surat pajak warna hijau tu dan mohon kontra di kaunter. Semua itu sahaja. Jika dalam hampir 100 gram tu insyallah rm400 boleh dapat.

Ada sahabat tanya pasal perbezaan antara al- rahnu di bamk rakyat dan agro bank. Saya lebih memilih bank rakyat kerana mana2 tempat ada, bernanding dengan agro bank yang menjalanlan operasi rahnu contohnya di shah alam tak ada, jika kawasan yang lebih kecil pendalaman? Cuma beza keuntungan saya lihat tak banyak beza, keuntungan tetap terikat dengan rate harga emas dunia. Tentang slow proses bagi key-in data dalam servernye, bank rakyat hanya rujuk satu server yang civer semenanjung ni. Hal ni kenalah sabar, takkan pekerja bank nak kita marah.

Al- rahnu unlimited ye kecuali yang buat loan dengan bank rakyat yang terus serap ke al- rahnu. Yang saya ajar ni az- zahab memang unlimited.

So selamat mencuba dan bertawakal lah atas ape kita usahakan.

Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikum, so inilah harga terkini emas di maybank dan ia menunjukkan penurunan. Seperti yang dijangkakan sebelum ini ia merupakan hasil turunnya nilai selepas lonjakan pada 9 November 2011 yang lepas.

Jadi adakah anda telah menerima keuntungan pelaburan anda?jika anda ada melabur Gold Account tak kisah sama ada dari Maybank, Kuwait, Public dan lain-lain maka inilah masanya iaitu sempat lagi mengambil keuntungan dengan kaedah pengiraan yang saya berikan pada post yang lepas.

OK, jika dilihat pada graf kenaikkan emas semasa maka lnjakan besar akan berlaku lagi. Pendapat saya ia akan berlaku pada hari Krismas nanti. Jika merujuk kepada Al-Rahnu di bank rakyat kenaikkan harga pergram pada september iaitu RM195 kepada RM201.54 pada 9 November 2011 dengan perbezaan lebih kurang RM 6. Nasihat saya bagi pelabur yang belum membuat kontra pertama maka masa ini adalah waktu yang sesuai..manakala bagi yang telah membuat kontra pertama harap dapat bersabar agar perbezaan dapat mencapai RM 9 - RM11 bagi memperolehi keuntungan.

Keuntungan berdasarkan Al-Rahnu adalah besar ketika kontra pertama iaitu dalam perubahan pulangan daripda 65% ke 70%..namun bagi kontra seterusnya ada kena memastikan perbezaan harga pembelian paling kurang mencapai RM10 untuk memndapat pulangan tanpa terkurang akibat bayaran upah jaga oleh bank.

Sekian..usaha dan tawakallah..
Semoga berjaya..