Ilmu Penjanaan Kewangan

Sunday, May 5, 2013

Pengekalan Nilai Melalui Simpanan Emas


Pengekalan Nilai Melalui Simpanan Emas.

Apakah yang dimaksudkan oleh nilai? Ya, nilai adalah sesuatu yang berguna, berharga dan memberi manfaat pada masa kita kehendaki.













Ok..bagi menerangkan kefahaman konteks nilai ini so mari kita lihat suatu metaflora nilai…
Seorang sahabat saya telah membeli seekor kambing bagi membuat kenduri aqiqah anaknya pada tahun 2008, seekor kambing sederhana berharga RM540, beliau ada sekeping emas dinar iaitu berjisim 4.25 gram.  Namun pada tahun 2012, beliau dapat lagi seorang anak untuk di aqiqahkan, namun kali ini harga kambing sederhana telah mencapai harga RM710. Sahabat saya dengan senang hati masih mampu ber Aqiqah. Beliau ada 1 dinar dan mampu membeli kambing yang dimaksudkan. Jika dia menyimpan RM540 tunai pada tahun 2008, adakah nilai tersebut masih bernilai pada tahun 2012? Secara tak langsung, emas membekukan nilai kemampuan pembelian kambing tersebut hingga pada tahun yang kita mahukan nilai itu terlaksana.



Rumah Idaman

Semua orang nak rumahkan? Tentulah rumah mahal. Kita nak menyimpan duitkah beli rumah? Adakah bila kita mampu nanti duit simpanan kita boleh beli rumah yang diidamkan?
Rumah yang ideal bagi semua orang sekarang adalah dalam lingkungan harga RM1,000,000.00. Betul atau tidak itulah hakikatnya. Hari ini (Mei 2013) harga emas terkini 999 adalah dalam RM150 se gram. Jadi harga sebuah rumah hari ini dengan perbandingan emas adalah 6.7 Kg. Boleh tak kita capai 6.7Kg dalam hidup ni? Ingat, emas yang mencapai 1 kg dah mula menjana pengembangan gramnya secara rawak bagi naik turun bulanan. Jadi jika anda telah mencapai simpanan emas 3 Kg, memang bolehlah ia mencapai pengembangannya drastik secara automatik.

Jadi mari mulakan simpanan emas, insyallah impian kita mampu dicapai…