Ilmu Penjanaan Kewangan

Saturday, July 5, 2014

Video Dan Penjana Emosi

Penjaaan Emosi di dalam video adalah item utama menjadikan sesebuah hasil karya video yang bernilai tinggi terutama bagi empunya video mahupun individu lain yang berkongsi dengannya.

Aimrunbiz amat menekankan emosi dimasukkan di dalam hasil karya video digital kami, maka bagi menghasilkan sesebuah video yang berunsur berkenaan input karektor-karektor utama perlu dikenali oleh juruvideo. Terdapat satu atau lebih karektor yang menjadi pasak dalam sesebuah majlis, malah sebagai contoh di dalam majlis perkahwinan terdapat karektor lain yang menjadikan majlis tersebut meriah dan ini perlu pada pengamatan yang amat teliti.

Begitu juga dengan video keluarga dan juga lain-lain situasi, hasil penerapan emosi akan menjadikan video yang dihasilkan pasti menjadi tumpuan oleh penonton lain terutama yang tidak berkaitan dengan karektor di dalam video tersebut.

 Emosi seperti gembira, sedih, tegang, cemas dan riuh amat diperlukan dalam hasil video yang berkualiti dan semestinya havoc.
Hubungi aimrunbiz bagi tempahan video majlis anda di web ini, email: aimrunbiz@gmail.com atau boleh wasapp di 0122792204.

"Kepakaran saya adalah Pengukir memori anda dalam bentuk tayangan digital yang mengungkap kembali perasaaan yang lalu menjadi realiti"

Friday, June 20, 2014

Hobi dan Bisnes antara kesukaaan dan pendapatan

Assalamualaikum...

Saya mempunyai hobi yang teramat suka membuat video ringkas bagi memori keluarga. Penglibatan petama saya pada tahun 2010. Apabila saya membuat video kenduri kahwin untuk adik ipar, video saya mendapat feedback yang amat memberangsangkan. Di sinilah berlakunya revolusi bisnes saya..

Maka dengan ini saya menyatakan bahawa

"Kepakaran saya adalah mengukir memori anda dalam bentuk tayangan digital yang mengungkap kembali perasaaan yang lalu menjadi realiti"

Insha Allah...saya menyediakan perkhidmatan menyediakan video digital yang diedit dengan lagu dan animasi yang membuatkan tanyangan video anda bagaikan sebuah filem yang bertaraf profesional.
Harga video perkahwinan yang saya tawarkan adalah RM1100 bagi sesi akad nikah serta hari kenduri (2 hari) dan jika ada pertambahan hari boleh dibincangkan harga tambahan..Pakej ini akan diberikan 10 keping DVD dan sebuah Thundrive yang mengandungi fail video anda bagi dikongsi di dalam wasap, Fb, Web dan juga tontonan terus melalui pemain video digital...

Hubungi saya ...Mohd Kamal Ibrahim di 0122792204 (Wasap atau SMS digalakkan) dan juga boleh melalui email aimrunbiz@gmail.com

Salam pada semua...bersama membuat hijrah kemajuan taraf kehidupan insha Allah...
Wasallam...

Mari Menjana Pendapatan Dengan Saham


Assalamualaikum, pada tahun 2014 ini harga emas agak rendah dan kita masih tercari-cari dimanakah kenaikkan yang bakal mengejutkan. Namun satu lagi penjana pendapatan yang boleh dipraktikkan adalah pelaburan saham. 

Kenapa nak melabur? Kita dalam zaman di mana rumah dan barangan sedang mengalami inflasi yang amat dahsyat meningkat. Eh..ada orang kata "barang naik gaji pun naiklah..apa nak risau"...betulkah? Nak beli rumah pun kerja dua orang suami isteri berkorekkan geran tanah kampung kan?
Inflasi menyebabkan nilai duit kita berkurangan sedangkan sebelum in saya ada menyatakan duit sendiri tiada nilai pada dirinya dan hanyalah dinyatakan nilai oleh pemerintah sesuatu negara.

Jadi apa lagi Jom bersaham lah kita..insha Allah ia bakal menukar persepsi kesusahan hidup kita.. 
Berdasarkan carta di atas, langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan membuka CDS dengan hanya bayaran RM10. Ia boleh dibuka di mana-mana broker saham di Malaysia, mereka memang ramai senang jer cari. Selepas adanya akaun CDS, kita boleh membuat pilihan samaada untuk membeli saham terbitan baru (IPO) atau saham 'Terapung' iaitu yang sudah tersenarai di papan bursa Malaysia. 
             Jika kita ingin membeli saham terbitan baru, kita perlulah mendapatkan maklumat syarikat melalui prospektus syarikat yang biasanya boleh diperolehi di syarikat broker saham. Permohonan saham terbitan baru akan diundi. Jika undi anda diterima dan saham diapungkan pada hari pertama, kenaikan maksima boleh mencecah 400% dari harga tawaran. 

Secara ringkasnya perjalanan pelaburan saham ini selepas kita dah daftar CDS adalah seperti berikut: 



Ok, kita baru masuk pengenalan pelaburan saham. Mari sama-sama kita meneroka ilmu pelaburan saham, insya Allah anda menjadi ummah yang beriman kaya dan berjaya dunia akhirat.