Ilmu Penjanaan Kewangan

Sunday, October 30, 2011

Al Rahnu Gadaian Bagi Kemajuan Ekonomi Islam












Assalamualaikum...harga emas mula naik..bagi yang baru nak bermula menceburkan diri dalam pelaburan emas..so time ini masih boleh membeli kerana anggaran harga naik maksimum masih belum jelas. Kenaikan maksimum dijangka akan lebih daripda harga sewakut hari raya iaitu harga beli rm184/gram.

Ok ramai yang bertanyakan rahnu..yee mudah dan leceh bagi orang yang rasa malas nak gerak untuk kemajuan hidup dan ekonomimya.

So ini tangga emas semasa untuk tahun ini..jadi untuk naik anda tak perlu risau, Insyallah ia pasti ada kenaikkan. Januari jer dah RM140/gram  sekarang pulak RM 168/gram..raya hari tu Rm182/g. Dijangkakan tutp tahun pasti mencapai maksimum atau sekurang-kurangnya RM 178/gram.

Jadi inilah siling Kijang Emas yang masih boleh diterima di mana-mana Al-Rahnu dimalaysia kerana senang jerr..ia dikeluarkan oleh Bank Negara park kat Maybank gitulah ringkasannya.
Nak carinya punyalah payah sikit kerana ia berada limited bagi setiap cawangan Maybank yang terpilih(besar). Call aje Maybank dan tanya kat mana ada kaunter jualannya, kalu di Shah Alam ia berada di cawangan Shah Alam pusat bandar.
Masa harga tengah rendah saya dapat membeli hanya 3 keping 1 ounce. Jumlah lebih kurang 93.315 g dengan harga lebih kurang RM16580 dan harga emas pasaran masa tu RM164/g dan Kijang ada harga trademark so itulah. So esok harinya, pergilah Al-Arhnu terdekat..(Bank Rakyat @ Agro bank)...dinilaiinyaRM17949.77. Sehari jer dah untung Rm1370. Masuk gadaian takyah isi borang cuma menung depan tester cek Kijang emas kita dan paling penting jangan hilag resit pembelian. Ok saya bawak pulah cash Rm 11660.00 iaitu 65% daripada harga emas yang dipajakkan. RM bagi 35% dan 99.315g tinggal di Al-Rahnu sebagai pajakan. Saya dikenakan cas simpanan sebanyak RM 134.26 iaitu dengan cara RM 0.75 bagi setiap seratus ringgit yang disimpan.
Risau dah...kena upah pulak dah...
Sekarang harga tengah naik..jumaat lepas tengok di Bank Rakyat RM 198/gram di Al-rahnu nyer. Bagi sistem ini ia takde harga jual dan beli. Dan kita hanya dibenarkan simpan sehingga 6 bulan jika tak tuntut maka emas kita akan digadaikan. Cuma kita beku selama 1 bulan jer untuk keluarkan emas tersebut, jika tetiba jer naik harga emas Al-rahnu kita kontra lah..ape kebenda nye kontra tu ..yerrr??untunglah...apa gunanya kita labur tak untung..
Ok katakan harga rate Al-rahnu naik RM 201/gram pada bulan ketiga dari tarikh gadaian..sedangkan masa saya beli rm192/g. Jadi 99.43 X 201 = 19985.43. Bila mula kontra kita dibenarkan bawa pulang cash 70% iaitu 19985.43 X 70% = rm13989.80. So bersih bawa pulang baaa...13989.80 - 11660 - 3(134.26) = rm1927.02 untung selama anda simpan selama tiga bulan.So kontrak simpanan gadaian anda dikira semula sebagai bulan pertama kembali. Bukan bulan ketiga..banyakkan tak? itulah yang terjadi semasa raya lepas...jadi nilai Marhun atau loan gadaian meningkat sebanyak RM19985.43. cas penyimpanan naik juga kepada 199.8543 X 0.75 =  rm149.89... risau lagi kena tipu dengan saya... tengok graf goldprice.org yang selalu saya tunjuk tu...dia tipu ker...naik aje..paling kurang 4 bulan tapi selalunye 3 atau ada juga 2 bulan.
ni contoh surat pajakkan..real punya cuma ada kena sorokkan maklumat sikit..kang kena copylak..hilang emas saya...

Jadi ini Al-rahnu bagi untung pukal...pelaburan buku akaun emas bagi untung pada gigi-gigi naik turun graf...
Jangan kita terlambat...saya syorkan sahabat yang niaga buat macam ni..boleh gak bayar gaji dan bonus kat pekerja..gandakan keuntungan perniagaan..bagi yang kerja..insyallah lebih banyak lagi manfaat..
Ape-ape hal zakat jangan lupakan..banyak duit tak berkat...tinggal zakat macam tinggal sembahyang..
nak ngaku Islam...jawab sendiri..
niat kita syer maklumat untuk kemajuan umat Islam sejagat...
Ni nak ngundi dah dekat ni daftar nama pengundi..pangkah pemimpin yang tak korupsi...jaga hal Islam..jaga hak orang bukan Islam (Dakwah)..
Selamat maju ekonomi dunia dan akhirat...wasallam...

Saturday, October 22, 2011

Masa untuk membeli emas akaun



Assalamualaikum..


Pada Jumaat 21 Oktober 2011 emas jatuh sehingga mencecah Rm164 pergram. Kemungkinan dalam hari isnin ia masih mencapai kenaikkan sehingga RM168 per gram.

Mari tengok graf daripda goldprice.org di sebelah..
Memang sedang nai tapi masih diperingkat rendah..Jadi ape lagi..jangan buang masa boleh belih 5 gram atau 10 gram bagi atas kemampuan kita.

Jadi kita tengok pula harga pada kaunter Maybak seperti diberikan di atas...Maybank dah ambil untung daripada jualan emas dunia dalam RM4...sedang pada hari khamis dila jual Rm166. Ok lepas ni saya nak share jualan mendapat keuntungan dengan cara teori "Congkak Tikam". Saya dapat idea ketika main congkak di dalam Ipad saya.
So beli dululah emas yang kita mampu berdasarkan harga jual emas kat Maybank, atau Kuwait...public janji harga jual bawah Rm 170 pergram. Insyallah ia akan naik..dan kita mulakan dapat keuntunga dengan cara "Untung Gigi" yang pernah saya syer dahulu.

Wasallam...bersama jihad Ekonomi bagi pembangunan ekonomi Islam...
Tunaikan Zakat...Dahulukan solat...dahulukan Mekah daripada melancong..walaupun tuntutan Rasullulah untuk ziarah ke negara lain...Bantu ibu bapa...berpegang kepada akidah yang satu..
Satu Akidah..
Satu Jemaah...
Allahuakhbar


Tuesday, October 11, 2011

Pengiraan Keuntungan Pelaburan Emas Buku Akaun

Assalamualaikum,

Di sini saya taknak discuss dulu pasal Al Rahnu, kerana ia merupakan pelaburan yang selalu dibincangkan oleh ramai pelabur tempatan.

Jika kita membeli emas 100 gram pada harga 170 rm/g maka ketika berlaku kenaikkan harga beli emas contohnya pada 179 rm/g maka keuntungan bersih diperolehi dengan pengiraan:

Untung bersih ialah {[ 179(100) - 170 (100) ]/ 179} = rm900 bersamaan penjualan balik sebanyak 5 gram. rm bersih perlu diambil dengan menolak balik jangkaan emas 5 gram yang akan dibeli semula pada harga jangkaan rendah. Contoh jangkaan rendah harga jualan emas rm167. Maka 167(5)= rm835 dan beza keuntungan sebanyak rm 900 tadi ialah rm 65. Kecik bukan?

Naik turun yang rendah ini banyak berlaku dalam 2 ke 3 minggu. Jika berlaku 2 kali sebulan maka anda dapat rm130.

Jika kita rajin nak ambil keuntungan pada mingguan..boleh rujuk goldprice.org kalu setkan gram, duit malaysia dan statistik 30 hari, didapati harga jatuh 165rm/g dan naik 171rm/g pada masa 28hb sept ke 1 oktober. So dah dapat untung dalam 4 hari.
Inshallah..cubalah...nanti pegawai bank pun jadi sedara kita.

Nasihat saya jika kita berada dan kaya...jangan lupa zakat untuk diri kita dan sedekah bagi umat islam..kerana itulah matlamat perniagaan dalam islam...agar ia berkat dunia dan akhirat

Wassalam..

Sunday, October 9, 2011

Rentetan Harga Emas 5 tahun

Assalamualaikum,

Sekarang ingin dinyatakan disini mengapa harga emas ni dikatakan naik sepanjang tahun. Mari lihat graf harga yang saya perolehi dalam web emas antara bangsa seperti di bawah.







Adakah ia akan jatuh..??boleh ..atas kuasa Allah. Namun hakikat yang ada adalah seperti yang dilaporkan diatas. Saya seru sahabat agar bersama-sama buat pelaburan ini kerana inshallah ia tak melebur. Pakai kaedah Ar-rahnu yang diluluskan syariah, dah tentu anda dapat bonus setiap tahun yang membolehkan kita menjadi tangan yang memberi (di atas) iaitu lebih baik daripda tangan yang menerima (di bawah). Rasullallah ada bersabda yang memberikan maksud 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan..maka adakah kita tak nak merasa dan menyahut saranan nabi Muhammad.

Insyallah ia bakal mengeluarkan umat Islam daripada kefakiran yang terlalu ekstrim hingga kita tunduk kepada kekuasaan manusia dan seterusnya mengadaikan akidah..wassallam..salam jihad ekonomi...

Pelaburan Emas

Ingin belajar berkenaan pelaburan emas...jangan ketinggalan kerana ia kalis krisis ekonomi..
 contoh yang ingin dikongsi adalah seperti dibawah:

Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.


- Harga emas pada 4 Jan 2000 = USD 281.50/Oz
- Harga emas pada 4 Jan 2010 = USD 1121.50 /Oz
Ini adalah kenaikan 398% di dalam jangka masa 10 tahun
(purata kenaikan 39.80% setahun)


Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan
emas iaitu
Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas
fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun
simpanan emas berkenaan.
Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)
Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama
seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui
buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas
fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan
tertentu.
Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh
pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk membukanya.
SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:
1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur
disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin
baik.
Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak
boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan
lain-lain lagi.



KAEDAH NAK UNTUNG:



Beli pada harga rendah, jual pada
harga tinggi
Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah
dan jual pada harga tinggi.
Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda
mendapat keuntungan.
Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda
boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
Variasi teknik ini – teknik jual untung sahaja, teknik pajak - rempit










Alhamdulillah, saya dah banyak juga buat pertanyaan kepada para Ustaz, kaedah ini sah tiada melanggar hukum syarak yang jelas. Saya galakkan buat buku pelaburan di Bank Kuwait, kerana masa beli dia bagi pegang blok emasnya. nak bawak balik atau simpan dibank tiada cas dikenakan.

Perkongsian ilmu perniagaan sampingan yang realistik

Bersama berkongsi ilmu-ilmu perniagaan yang mampu bagi orang kebanyakkan...agar sama-sama meraih kenikmatan hasil bumi malaysia...