Ilmu Penjanaan Kewangan

Saturday, July 5, 2014

Video Dan Penjana Emosi

Penjaaan Emosi di dalam video adalah item utama menjadikan sesebuah hasil karya video yang bernilai tinggi terutama bagi empunya video mahupun individu lain yang berkongsi dengannya.

Aimrunbiz amat menekankan emosi dimasukkan di dalam hasil karya video digital kami, maka bagi menghasilkan sesebuah video yang berunsur berkenaan input karektor-karektor utama perlu dikenali oleh juruvideo. Terdapat satu atau lebih karektor yang menjadi pasak dalam sesebuah majlis, malah sebagai contoh di dalam majlis perkahwinan terdapat karektor lain yang menjadikan majlis tersebut meriah dan ini perlu pada pengamatan yang amat teliti.

Begitu juga dengan video keluarga dan juga lain-lain situasi, hasil penerapan emosi akan menjadikan video yang dihasilkan pasti menjadi tumpuan oleh penonton lain terutama yang tidak berkaitan dengan karektor di dalam video tersebut.

 Emosi seperti gembira, sedih, tegang, cemas dan riuh amat diperlukan dalam hasil video yang berkualiti dan semestinya havoc.
Hubungi aimrunbiz bagi tempahan video majlis anda di web ini, email: aimrunbiz@gmail.com atau boleh wasapp di 0122792204.

"Kepakaran saya adalah Pengukir memori anda dalam bentuk tayangan digital yang mengungkap kembali perasaaan yang lalu menjadi realiti"

Friday, June 20, 2014

Hobi dan Bisnes antara kesukaaan dan pendapatan

Assalamualaikum...

Saya mempunyai hobi yang teramat suka membuat video ringkas bagi memori keluarga. Penglibatan petama saya pada tahun 2010. Apabila saya membuat video kenduri kahwin untuk adik ipar, video saya mendapat feedback yang amat memberangsangkan. Di sinilah berlakunya revolusi bisnes saya..

Maka dengan ini saya menyatakan bahawa

"Kepakaran saya adalah mengukir memori anda dalam bentuk tayangan digital yang mengungkap kembali perasaaan yang lalu menjadi realiti"

Insha Allah...saya menyediakan perkhidmatan menyediakan video digital yang diedit dengan lagu dan animasi yang membuatkan tanyangan video anda bagaikan sebuah filem yang bertaraf profesional.
Harga video perkahwinan yang saya tawarkan adalah RM1100 bagi sesi akad nikah serta hari kenduri (2 hari) dan jika ada pertambahan hari boleh dibincangkan harga tambahan..Pakej ini akan diberikan 10 keping DVD dan sebuah Thundrive yang mengandungi fail video anda bagi dikongsi di dalam wasap, Fb, Web dan juga tontonan terus melalui pemain video digital...

Hubungi saya ...Mohd Kamal Ibrahim di 0122792204 (Wasap atau SMS digalakkan) dan juga boleh melalui email aimrunbiz@gmail.com

Salam pada semua...bersama membuat hijrah kemajuan taraf kehidupan insha Allah...
Wasallam...

Mari Menjana Pendapatan Dengan Saham


Assalamualaikum, pada tahun 2014 ini harga emas agak rendah dan kita masih tercari-cari dimanakah kenaikkan yang bakal mengejutkan. Namun satu lagi penjana pendapatan yang boleh dipraktikkan adalah pelaburan saham. 

Kenapa nak melabur? Kita dalam zaman di mana rumah dan barangan sedang mengalami inflasi yang amat dahsyat meningkat. Eh..ada orang kata "barang naik gaji pun naiklah..apa nak risau"...betulkah? Nak beli rumah pun kerja dua orang suami isteri berkorekkan geran tanah kampung kan?
Inflasi menyebabkan nilai duit kita berkurangan sedangkan sebelum in saya ada menyatakan duit sendiri tiada nilai pada dirinya dan hanyalah dinyatakan nilai oleh pemerintah sesuatu negara.

Jadi apa lagi Jom bersaham lah kita..insha Allah ia bakal menukar persepsi kesusahan hidup kita.. 
Berdasarkan carta di atas, langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan membuka CDS dengan hanya bayaran RM10. Ia boleh dibuka di mana-mana broker saham di Malaysia, mereka memang ramai senang jer cari. Selepas adanya akaun CDS, kita boleh membuat pilihan samaada untuk membeli saham terbitan baru (IPO) atau saham 'Terapung' iaitu yang sudah tersenarai di papan bursa Malaysia. 
             Jika kita ingin membeli saham terbitan baru, kita perlulah mendapatkan maklumat syarikat melalui prospektus syarikat yang biasanya boleh diperolehi di syarikat broker saham. Permohonan saham terbitan baru akan diundi. Jika undi anda diterima dan saham diapungkan pada hari pertama, kenaikan maksima boleh mencecah 400% dari harga tawaran. 

Secara ringkasnya perjalanan pelaburan saham ini selepas kita dah daftar CDS adalah seperti berikut: 



Ok, kita baru masuk pengenalan pelaburan saham. Mari sama-sama kita meneroka ilmu pelaburan saham, insya Allah anda menjadi ummah yang beriman kaya dan berjaya dunia akhirat.

Saturday, June 29, 2013

Rendahnya Harga Emas Bukan Kerugian dan Bukan Pematah Semangat Pelaburan Emas

Assalamualaikum...

28 Jun 2013, Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan harga emas yang dikatakan dan diakui terendah di dalam 3 tahun kebelakangan ini iaitu harga purata RM125 per gram.










Bertuahnya dikalangan pelabur yang masih ada kemampuan tunai, namun ada desas desus pelabur yang menyatakan kehibaan dan juga merungut kerugian.








FOKUS..
Tujuan pelaburan emas bukan untuk keuntungan semata-mata.


Mari diimbau kembali sejarah harga emas pada 5 tahun kebelakangan ini..







Maka harga emas pada hari ini bersamaan dengan harga emas pada awal tahun 2011. Kita mampu merancang dan Allah maha menentukan. Inilah keadilan Allah dalam memberi rezeki pada hambanya. Kita yang dah membeli emas pada sekitar harga RM150 per gram ke atas tentu nak ambil untung namun peluang masih diberikan pada mereka yang baru menceburkan diri. Hasilnya nanti masing-masing mendapat keuntungan dari kenaikkan yang sama.

FOKUS...

Tujuan utama pelaburan Emas adalah bagi mengekalkan nilai hasil titik peluh kita berusaha mencari rezeki. Maka jangan mengeluh jika berlaku penurunan harga kerana semua orang akan memperolehi rezeki yang sama cuma keihklasan dan matlamat yang menjadi cabaran dalam diri kita.

Selamat melabur ... insyallah rezeki masih boleh dipohon ....kepada yang maha pemurah lagi maha pengasihanni..

"Membangun Bersama ISLAM"...









Wednesday, June 5, 2013

Cari Duit Dengan Duit: Duit Kertas Berharga?

Cari Duit Dengan Duit: Duit Berharga?

Yer pada post yang sebelum ini saya menyatakan duit tak berharga kerana kesan inflasi dan pengaruh ketentuan harga oleh kerajaan. Ye sekarang bukan masanya saya hendak menyatakan atau menafikan fakta dahulu itu salah..tetap betul..jadi begirilah apa yang dimaksudkan oleh tajuk kita hari ini..

Berlaku keluaran paten duit baru RM kita pada tahun sebelum nih yang berebut-rebut menunggu di bank nak rasa pegang..
Bukan nak hina..tapi kenapa...tak tunggu pun sampai pada tangan ni..
Bunga masa..
yang perlu rebut adalah ini...



Kenapa yer..sebab ia akan jadi pupus..dah ia akan bernilai sebagai koleksi..RM1 akan menjadi RM100 jika kita tunggu 2 atau 3 tahun lagi..boleh scearch kat mudah.com...lelong.com   berapa nilai duit lama diorang jual..3-4 kali ganda nilainya...

Maka jadilah orang bijak..kerana kita bukan orang yang mudah dimanipulasi oleh keadaan semasa..

Membangun Bersama Islam...
Jadikan Islam itu cara hidup kita...
Selamat menyimpan dengan bijak...
Orang yang kaya adalah orang yang banyak ILMU bukan banyak HARTA...

Wasallam...








Sunday, May 5, 2013

Pengekalan Nilai Melalui Simpanan Emas


Pengekalan Nilai Melalui Simpanan Emas.

Apakah yang dimaksudkan oleh nilai? Ya, nilai adalah sesuatu yang berguna, berharga dan memberi manfaat pada masa kita kehendaki.













Ok..bagi menerangkan kefahaman konteks nilai ini so mari kita lihat suatu metaflora nilai…
Seorang sahabat saya telah membeli seekor kambing bagi membuat kenduri aqiqah anaknya pada tahun 2008, seekor kambing sederhana berharga RM540, beliau ada sekeping emas dinar iaitu berjisim 4.25 gram.  Namun pada tahun 2012, beliau dapat lagi seorang anak untuk di aqiqahkan, namun kali ini harga kambing sederhana telah mencapai harga RM710. Sahabat saya dengan senang hati masih mampu ber Aqiqah. Beliau ada 1 dinar dan mampu membeli kambing yang dimaksudkan. Jika dia menyimpan RM540 tunai pada tahun 2008, adakah nilai tersebut masih bernilai pada tahun 2012? Secara tak langsung, emas membekukan nilai kemampuan pembelian kambing tersebut hingga pada tahun yang kita mahukan nilai itu terlaksana.



Rumah Idaman

Semua orang nak rumahkan? Tentulah rumah mahal. Kita nak menyimpan duitkah beli rumah? Adakah bila kita mampu nanti duit simpanan kita boleh beli rumah yang diidamkan?
Rumah yang ideal bagi semua orang sekarang adalah dalam lingkungan harga RM1,000,000.00. Betul atau tidak itulah hakikatnya. Hari ini (Mei 2013) harga emas terkini 999 adalah dalam RM150 se gram. Jadi harga sebuah rumah hari ini dengan perbandingan emas adalah 6.7 Kg. Boleh tak kita capai 6.7Kg dalam hidup ni? Ingat, emas yang mencapai 1 kg dah mula menjana pengembangan gramnya secara rawak bagi naik turun bulanan. Jadi jika anda telah mencapai simpanan emas 3 Kg, memang bolehlah ia mencapai pengembangannya drastik secara automatik.

Jadi mari mulakan simpanan emas, insyallah impian kita mampu dicapai…





Wednesday, January 30, 2013

Harga Beli Emas Oleh Bank Tempatan

Assalamualaikum..Salam Bermuamalat..

Maju Islam..majulah diri..majulah Ekonomi...Mantapkan Iman..Teguhkan Aqidah

Ya, ramai tertanya-tanya apakah itu harga beli..kenapa ada harga jual...ok mari tengok senarai harga Emas yang dijual oleh contoh bank seperti keratan di bawah...

ok yang ini keratan harga dari bank 
Kuwait Finance House

yang ini pula kratan harga daripada bank Maybank..

Sudah tentulah ia merupakan keratan harga daripda web bank-bank berkenaan berkenaan harga Beli dan Jual Bank-bank tersebut..

Mari pula rujuk harga emas antarabangsa pada   " http://goldprice.org/spot-gold.html "


Semua data di atas saya dapat pada hari yang sama..
perbezaan harga Jualbeli di KFH pada hari ini adalah : RM7.59
manakala perbezaan harga Jualbeli pada hari yang sama di Maybank adalah :  RM7.06
(p/s..Jangan risau beza harga yang tinggi..yang penting bank mana patuhi Syariah Islam)

Menurut harga antarabangsa, emas pada hari ini dijual pada harga RM164.22. Maka boleh dikatakan hara jual dan beli di bank berkenaan adalah harga purata daripda harga antarabangsa..

Mari pula kita baca keadaan harga berdasarkan graf "glodprice.org"..kelihatan harga emas mula nak meningkat. Pada pendapat saya ia masih ada ruang bagi sesiapa nak tambah lagi jumlah emas..penjualan semula emas perlu lihat pada "Harga Beli" bank melebihi harga semasa kita membeli (Harga Jual) daripada bank yang kita terima emasnya.

Jadi sama-samalah kita tunggu "Harga Beli" meningkat...pasti melebihi harga beli emas yang kita pegang pada hari ini... 

Selamat melabur dan majukan Ekonomi Islam..
Membangun Bersama Islam...




Monday, January 21, 2013

Kaedah Membeli Emas Online Kuwait House Of Finance


Ok langkah pertama seperti biasa pastikan harga pasaran rendah sebagaimana yang saya terangkan pada post-post yang terdahulu.
Seterusnya adalah seperti berikut: tekan “Gold Account-I” dan paparan ini keluar..




Bila dah klik “Buy”..



Then next..



Katakan nak beli 3 gram…



Isikan 3 gram dan tekan next…




Semak dan maklumat..adakah duit tunai anda mencukupi? Then tekan “Comfirm”..



Dah Berjaya..jadi ape lagi check lah balik status akaun kita..tapi sebelum tu jngan lupa print resit..takyah print pun safe jer dalam bentuk fail jpeg..




Semak akaun semasa kita…klik pada akaun Gold…





Dan status jumlah gram terbaru diperolehi…


Tekan “Transition history”…





Selamat mencuba dan mengubah hidup anda kearah yang lebih baik dari semalam..
Wasalaam..
Assalamualaikum...Membangun Bersama Islam…..

Sunday, January 13, 2013

Masa Untuk Emas

Assalamualaikum...

Bagi sahabat dan pelabur yang budiman, makluman yang telah diterima berdasarkan soal selidik saya kepada pegawai-pegawai bank mendapati bahawa inflasi yang besar bakal melanda negara kita.

Apakah situasinya jika INFLASI ini berlaku...
Ya..mata wang FIAT (Duit Kertas Atau Siling) akan jatuh nilai dan jika kita membeli barang dari luar negara, harga semasa akan berlipat kali ganda.

Soalannya..adakah kita yakin dengan pegangan wang Fiat kita? Sedangkan emas sentiasa tinggi nilainya jika merujuk nilai mata wang negara luar..

Pada jumaat lepas nilai Emas di Malaysia telah jatuh sehingga RM166.50..dan inilah peluang keEMASan bagi pelabur dan juga mereka yang baru mula belajar pelaburan emas ini...

Insyallah..semoga kita menjadi pelabur yang sentiasa tidak tergugat dengan sistem-sistem oleh kapitalis..agar kita sentiasa tenang beribadat kepada yang Esa...Wallahuallam...

Thursday, January 3, 2013

Pelaburan Jual Beli Emas Online Yang Mudah dan Menguntungkan Bahagian 2

Permulaan kene tengok dan survey harga pasaran. Mudah sahaja dengan masuk ke “http://goldprice.org/spot-gold.html” kemudian click set untuk paparan mudah baca seperti berikut…


Kemudian tengok macamana baca graf mudah ini, maka harga kemuncak semasa penghujung November 2012 sehingga RM172.2 per/g.
Jadi macamana nak untung? 

Nak bagi faham mudah saya tunjukkan kiraan dalam jumlah 1 Kg emas. Mungkin kita mampu beli suatu hari nanti..tetapi sekadar nak bagi jelas dan mudah faham.





Ok, graf dibawah menunjukkan gerakan harga emas sekitar 2 bulan pada November dan Disember 2012.


Ok, harap anda faham kiraan menggunakan Excel yang mudah saya sediakan. Ceritanya bermua pada 2 Nov 2012 yang mana kita keluar modal beli 1 kg masa harga 164.5 per/g. Ketika pada 23 Nov 2012 harga emas naik memuncak dan kita jual emas sebanyak 44 gram. Maka pada 3 Dis 2012, harga emas jatuh dan kita beli dengan tunai yang ada untuk dapat 1001 gram emas.

“Tunai Dompet” bermaksud tunai bukan emas yang ada dalam akaun simpanan kita.
“Tunai Tutup” bermaksud tunai dengan nilai emas pada hari berkenaan campur tunai dompet pada hari yang sama.
“Untung Bersih” adalah beza positif dengan modal kita iaitu RM164500.00.

Bagi harga bulan Januari dan februari adalah jangkaan berlaku dan dapat disimpulan disini jika nak jual pastikan berlaku nilai positif pada Untung Bersih dan jika nak beli pastikan nilai gram bertambah. Walaupun bertambah 1 gram anda jangan risau keranan kita lihat disini untung bersih RM4569.20 pada bulan Feb 2013 hanya pada nilai emas 1002 g pada belian sebelum jualan terkini dibuat.

Namun bagi kita yang baru mula mencebur dalam pelaburan ini, 

kita akan jual bila boleh berlaku pertambahan untung bersih.

Bila nak beli pula pastikan dapat nilai beli emas dengan 50% atau lebih segram…contoh harga emas RM170 dapat beli dengan RM80 sebab ada Tunai Dompet lengkapkan harga penuhnya.
Insyallah selamat mencuba…Jual dan Beli Online di Kuwait House Finance…mulakan ketika harga emas masih rendah…wasallam..