Ilmu Penjanaan Kewangan

Sunday, October 9, 2011

Pelaburan Emas

Ingin belajar berkenaan pelaburan emas...jangan ketinggalan kerana ia kalis krisis ekonomi..
 contoh yang ingin dikongsi adalah seperti dibawah:

Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.


- Harga emas pada 4 Jan 2000 = USD 281.50/Oz
- Harga emas pada 4 Jan 2010 = USD 1121.50 /Oz
Ini adalah kenaikan 398% di dalam jangka masa 10 tahun
(purata kenaikan 39.80% setahun)


Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan
emas iaitu
Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas
fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun
simpanan emas berkenaan.
Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)
Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama
seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui
buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas
fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan
tertentu.
Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh
pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk membukanya.
SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:
1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur
disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin
baik.
Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak
boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan
lain-lain lagi.



KAEDAH NAK UNTUNG:



Beli pada harga rendah, jual pada
harga tinggi
Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah
dan jual pada harga tinggi.
Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda
mendapat keuntungan.
Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda
boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
Variasi teknik ini – teknik jual untung sahaja, teknik pajak - rempit










Alhamdulillah, saya dah banyak juga buat pertanyaan kepada para Ustaz, kaedah ini sah tiada melanggar hukum syarak yang jelas. Saya galakkan buat buku pelaburan di Bank Kuwait, kerana masa beli dia bagi pegang blok emasnya. nak bawak balik atau simpan dibank tiada cas dikenakan.

No comments:

Post a Comment