Kemudian tengok macamana baca graf mudah ini, maka harga
kemuncak semasa penghujung November 2012 sehingga RM172.2 per/g.
Jadi macamana
nak untung?
Nak bagi faham mudah saya tunjukkan kiraan dalam jumlah 1 Kg emas.
Mungkin kita mampu beli suatu hari nanti..tetapi sekadar nak bagi jelas dan mudah faham.
Ok, graf dibawah menunjukkan gerakan harga emas sekitar 2
bulan pada November dan Disember 2012.
Ok, harap anda faham kiraan menggunakan Excel yang mudah
saya sediakan. Ceritanya bermua pada 2 Nov 2012 yang mana kita keluar modal
beli 1 kg masa harga 164.5 per/g. Ketika pada 23 Nov 2012 harga emas naik
memuncak dan kita jual emas sebanyak 44 gram. Maka pada 3 Dis 2012, harga emas
jatuh dan kita beli dengan tunai yang ada untuk dapat 1001 gram emas.
“Tunai Dompet” bermaksud tunai bukan emas yang ada dalam
akaun simpanan kita.
“Tunai Tutup” bermaksud tunai dengan nilai emas pada hari
berkenaan campur tunai dompet pada hari yang sama.
“Untung Bersih” adalah beza positif dengan modal kita iaitu
RM164500.00.
Bagi harga bulan Januari dan februari adalah jangkaan
berlaku dan dapat disimpulan disini jika nak jual pastikan berlaku nilai positif pada Untung Bersih dan jika nak
beli pastikan nilai gram bertambah. Walaupun bertambah 1 gram anda jangan
risau keranan kita lihat disini untung bersih RM4569.20 pada bulan Feb 2013
hanya pada nilai emas 1002 g pada belian sebelum jualan terkini dibuat.
Namun bagi kita yang baru mula mencebur dalam pelaburan ini,
kita akan jual bila boleh berlaku pertambahan untung bersih.
Bila nak beli pula pastikan dapat nilai beli emas dengan 50%
atau lebih segram…contoh harga emas RM170 dapat beli dengan RM80 sebab ada
Tunai Dompet lengkapkan harga penuhnya.
Insyallah selamat mencuba…Jual dan Beli Online di Kuwait House
Finance…mulakan ketika harga emas masih rendah…wasallam..
No comments:
Post a Comment