Assalamualaikum, pada tahun 2014 ini harga emas agak rendah dan kita masih tercari-cari dimanakah kenaikkan yang bakal mengejutkan. Namun satu lagi penjana pendapatan yang boleh dipraktikkan adalah pelaburan saham.
Kenapa nak melabur? Kita dalam zaman di mana rumah dan barangan sedang mengalami inflasi yang amat dahsyat meningkat. Eh..ada orang kata "barang naik gaji pun naiklah..apa nak risau"...betulkah? Nak beli rumah pun kerja dua orang suami isteri berkorekkan geran tanah kampung kan?
Inflasi menyebabkan nilai duit kita berkurangan sedangkan sebelum in saya ada menyatakan duit sendiri tiada nilai pada dirinya dan hanyalah dinyatakan nilai oleh pemerintah sesuatu negara.
Jadi apa lagi Jom bersaham lah kita..insha Allah ia bakal menukar persepsi kesusahan hidup kita..
Berdasarkan carta di atas, langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan membuka CDS dengan hanya bayaran RM10. Ia boleh dibuka di mana-mana broker saham di Malaysia, mereka memang ramai senang jer cari. Selepas adanya akaun CDS, kita boleh membuat pilihan samaada untuk membeli saham terbitan baru (IPO) atau saham 'Terapung' iaitu yang sudah tersenarai di papan bursa Malaysia. Jika kita ingin membeli saham terbitan baru, kita perlulah mendapatkan maklumat syarikat melalui prospektus syarikat yang biasanya boleh diperolehi di syarikat broker saham. Permohonan saham terbitan baru akan diundi. Jika undi anda diterima dan saham diapungkan pada hari pertama, kenaikan maksima boleh mencecah 400% dari harga tawaran.
Secara ringkasnya perjalanan pelaburan saham ini selepas kita dah daftar CDS adalah seperti berikut:
Ok, kita baru masuk pengenalan pelaburan saham. Mari sama-sama kita meneroka ilmu pelaburan saham, insya Allah anda menjadi ummah yang beriman kaya dan berjaya dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment