Assalamualaikum...
28 Jun 2013, Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan harga emas yang dikatakan dan diakui terendah di dalam 3 tahun kebelakangan ini iaitu harga purata RM125 per gram.
Bertuahnya dikalangan pelabur yang masih ada kemampuan tunai, namun ada desas desus pelabur yang menyatakan kehibaan dan juga merungut kerugian.
FOKUS..
Tujuan pelaburan emas bukan untuk keuntungan semata-mata.
Mari diimbau kembali sejarah harga emas pada 5 tahun kebelakangan ini..
Maka harga emas pada hari ini bersamaan dengan harga emas pada awal tahun 2011. Kita mampu merancang dan Allah maha menentukan. Inilah keadilan Allah dalam memberi rezeki pada hambanya. Kita yang dah membeli emas pada sekitar harga RM150 per gram ke atas tentu nak ambil untung namun peluang masih diberikan pada mereka yang baru menceburkan diri. Hasilnya nanti masing-masing mendapat keuntungan dari kenaikkan yang sama.
FOKUS...
Tujuan utama pelaburan Emas adalah bagi mengekalkan nilai hasil titik peluh kita berusaha mencari rezeki. Maka jangan mengeluh jika berlaku penurunan harga kerana semua orang akan memperolehi rezeki yang sama cuma keihklasan dan matlamat yang menjadi cabaran dalam diri kita.
Selamat melabur ... insyallah rezeki masih boleh dipohon ....kepada yang maha pemurah lagi maha pengasihanni..
"Membangun Bersama ISLAM"...
No comments:
Post a Comment